Sahabat

Tuesday, July 27, 2010

Bengkel Pemurnian Item Bahasa Arab Menengah Rendah

28 Julai 2010: Rabu

Satu Bengkel Pemurnian Item Bahasa Arab Menengah Rendah akan diadakan di SMK Pendeta Za'ba Seremban Negeri Sembilan. Seramai enam belas orang peserta akan terlibat dalam menjayakan bengkel ini. Kesemua peserta merupakan tenaga pengajar yang pakar dalam mata pelajaran Bahasa Arab bagi peringkat menengah rendah dan menengah atas.
Selamat berbengkel............

Ustazah Nur Azlina & Ustazah Hasnah
 Ustazah Zaharah , Ustazah Nuri & di belakang tu Ustazah Salina
 Ustazah Mardhiah & Ustazah Zakiah
 Di sebelah kiri tu tuan Rumah Ustazah Manirah & Ustazah Bahiyah
 Barisan ustaz2 dari kiri Ust. Najah, Ust. Sophian & Ust. M.Fadzilah 

 Orang kuat Bahasa Arab N.Sembilan Ust. M.Nasaruddin & Ust. Ali

Terima kasih atas kesungguhan tuan-tuan guru dan puan-puan guru dalam menjayakan bengkel ini....

Insya Allah Bengkel Kawal Mutu Item akan menyusul pada 9 Ogos...di tempat yang sama.....


Analisa Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) Bahasa Arab Tahun Enam 2010 j-QAF Kohort 2005

Asalamualaikum w.r.b.t .
Ribuan dan jutaan terima diucapkan kepada pihak sekolah, Ketua panitia Pendidikan Islam dan semua penyelaras j-QAF kohort 2005 kerana telah menghantar analisa PKSR Bahasa Arab bagi Pertengahan Penggal 2010, walaupun dalam kesibukan menjalankan P&P di kelas dan melaksanakan tugas-tugas lain disekolah.

Kerjasama dari pihak tuan/puan telah memudahkan Sektor Pendidikan Islam membuat analisa keseluruhan pencapaian mata pelajaran Bahasa Arab di peringkat sekolah kebangsaan seluruh Negeri Sembilan. Bersama-sama posting ini dilampirkan analisa tersebut untuk makluman dan rujukan pihak sekolah. Untuk mendapatkan analisa ini dalam bentuk soft copy sila layari e-mail ppobaspijpns@gmail.com. Bagi mendapatkan kata laluannya atau sekiranya terdapat sebarang kemusykilan sila hubungi Haji Ahmad Shahrir Bin Haji Abdul Ghani Penolong Pengarah Operasi Bahasa Arab di talian 06-7653621 / 013-3767285 atau melalui e-mail alserembani@gmail.com

Syabas dan tahniah diucapkan kepada sekolah-sekolah yang telah memperolehi keputusan 100% lulus. Manakala sekolah yang tidak mencapai kelulusan 100% diharap meneruskan usaha-usaha yang lebih gigih lagi bagi memperbaiki pencapaian terutamanya dalam PKSR pada penghujung tahun ini.







 Sekian terima kasih............


Thursday, July 22, 2010

Pemantauan Berkelompok SPI JPNS Ke Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah

22 Julai 2010.Khamis. Pemantauan ke SMRA Chuah 
Pegawai Pemantau Pen.Pengarah Operasi Bahasa Arab Haji Ahmad Shahrir Bin Haji Abdul Ghani, Pen.Pengarah Akademik IPA Che Raziyusnita Irni Che Wan dan Penyelia Dakwah En. Hasbi Bin Mokhtar

SMRA CHUAH BUKIT PELANDUK

Tuan Pengetua SMRA Chuah En. Mohd Zaki Bin Mohd Yusop

Perbincangan P.P. IPA dengan Tuan Pengetua

Bilik Guru Kecil Tapi Kondusif

Sesi P&P di Kelas Tingkatan Dua : Mata Pelajaran : Bahasa Arab
Guru : Ustazah Soffiyah Bt. M.Suhaimin
orang jauh mari dari ganu...

Kerja Dalam Kumpulan......

Perbincangan Dengan GPK HEM Latifah Bt. Haji Mohamad

Ribuan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah terutamanya kepada tuan pengetua di atas layanan serta kerjasama yang cukup mesra dan baik....terima kasih atas segalanya......

kono poie laie ni...nak makan nasi ayam pastu ....poie boli kotaaam...

Wednesday, July 21, 2010

Analisa Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) Bahasa Arab Tahun Enam 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan melalui surat bertarikh 14 Jun 2010 bertajuk ANALISA PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH(PKSR) MATA PELAJAR BAHASA ARAB TAHUN ENAM 2010 memohon semua sekolah (j-QAF kohort 2005)(nama-nama sekolah ada dilampirkan bersama surat)menghantar analisa PKSR tersebut ke Sektor Pendidikan Islam pada atau sebelum 15 Julai 2010. Pihak SPI juga telah menelefon sekolah-sekolah yang belum menghantar analisa, namun sehingga posting ini ditulis masih terdapat beberapa sekolah yang belum menghantar analisa tersebut.

Diminta kepada mana-mana penyelaras j-QAF atau ketua panitia pendidikan Islam mengambil maklum perkara ini dan menyegerakan penghantaran bagi memudahkan pihak kami untuk membuat analisa di peringkat negeri.

Sekian untuk makluman....
P.Pengarah Operasi Bahasa Arab
SPI JPNS

Friday, July 16, 2010

Kursus Orientasi Jurulatih Utama Mata Pelajaran Bahasa Arab Tahun Satu KSSR Peringkat Kebangsaan Zon A

Pada 13 Julai Hingga 16 Julai Pusat Perkembangan Kurikulum telah menganjurkan kursus di atas bertempat di Hotel Royale Bintang Seremban Negeri Sembilan. Empat orang Jurulatih utama dari Negeri Sembilan turut serta dalam kursus selama tiga hari dua malam tersebut.....
Kursus di peringkat negeri (untuk semua guru tahun satu 2011)insya Allah akan diadakan pada bulan Oktober atau November bergantung kepada peruntukan kewangan yang ada...

JLU Bahasa Arab KSSR Negeri Sembilan....

Ustazah Suraiya & NoorFaizatun

Ustaz Khairul Amir & Ustaz Musa

Gambar-gambar sekitar kursus........





Monday, July 12, 2010

Penghargaan & Terima Kasih

Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus mengucapkan Sejuta penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Borhanudin Bin Abdullah dari SK Petaseh (berasrama) kerana telah meyumbang tenaga dan khidmat bakti bagi menghasilkan Blog Bahasa Arab Sektor Pendidikan Islam Negeri Sembilan.....




Jazaka Allah Khairan Kathira....

Menyambung Pengajian...........

Pihak Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada salah seorang Jurulatih Utama Bahasa Arab KBSR (j-QAF) Ustaz Affandi Bin Mat Nor kerana telah berjaya memperolehi cuti belajar bergaji penuh untuk menyambung pengajian peringkat sarjana di UKM.................semoga selepas ini ramai lagi yang akan menuruti jejak beliau...alf mabruuuuuk...........


Friday, July 9, 2010

Bengkel Pembinaan Item Bahasa Arab PMR Di PKG Ampangan....

Jutaan Terima Kasih di atas kesungguhan dan kegigihan para peserta bengkel demi membantu anak-anak didik di sekolah dan untuk memartabatkan Bahasa Arab di Negeri Sembilan.........Hanya Allah yang dapat membalas jasa tuan-tuan dan puan-puan sekalian.............





Bengkel Penyelarasan Kurikulum Dan PKSR Bahasa Arab Sekolah Rendah

Bengkel ini telah diadakan di SK Seri Kelana......
Terima Kasih kepada Pihak Pengurusan Sekolah kerana memberikan segala kemudahan untuk berbengkel....tidak lupa juga kepada para peserta yang hadir...





Jalan-Jalan Makan Durian

Acara makan durian selepas penat memantau SK Gemas dan SK Tunku Abdul Rahman.....




Program Najah Mutafawwiqin Bahasa Arab SPM Fasa II Bagi Pelajar-Pelajar SABK Pada 23 Jun 2010 Di SMKA SHAMS

Sektor Pendidikan Islam mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pihak Sekolah SMKA SHAMS kerana sudi menyediakan segala kemudahan untuk menjayakan program ini....
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Barisan Fasilitator yang bertungkus lumus membimbing para peserta program dari pagi sampai petang ....hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi dan jasa......










Najah Mutafawwiqin SABK Fasa II D SHAMS (Koleksi Gambar)