Sahabat

Tuesday, August 24, 2010

Muat Turun Bahan Kursus Pendedahan SP&HSP Bahasa Arab Tingkatan Empat Untuk Kegunaan Tahun 2011

Perhatian Kepada Semua Ketua Panitia Bahasa Arab SMKA,SBPI,SABK & SMK(KAA) Seluruh Negeri Sembilan 
Tuan/Puan/Ustaz/Ustazah dimohon memuat turunkan semua bahan-bahan kursus Pendedahan SP &HSP Bahasa Arab Tingkatan empat bagi kegunaan semasa kursus yang akan diadakan nanti. Tarikh cadangan kursus adalah pada bulan Oktober tahun ini. Pihak Jabatan Pelajaran TIDAK AKAN MEMBEKALKAN bahan-bahan ini dalam bentuk Hard Copy.  

Tuan/Puan/Ustaz/Ustazah setelah memuat turun bahan-bahan tersebut diminta mencetak dokumen-dokumen tersebut bagi persedian kursus dan untuk kegunaan sekolah.  Bahan-Bahan kursus ini boleh dimuat turun melalui alamat berikut : http://www.4shared.com/account/dir/GkaHaxPV/sharing.html

Thursday, August 12, 2010

Muat Turun Bahan Kursus Bahasa Arab KSSR 2011

Perhatian Kepada Semua Ketua Panitia Bahasa Arab SK Program j-QAF Seluruh Negeri Sembilan
Tuan/Puan/Ustaz/Ustazah dimohon memuat turunkan semua bahan-bahan kursus KSSR Bahasa Arab bagi kegunaan semasa kursus yang akan diadakan nanti. Tarikh cadangan kursus adalah pada bulan Oktober tahun ini. Pihak Jabatan Pelajaran TIDAK AKAN MEMBEKALKAN bahan-bahan ini dalam bentuk Hard Copy.  

Tuan/Puan/Ustaz/Ustazah setelah memuat turun bahan-bahan tersebut diminta mencetak dokumen-dokumen tersebut bagi persedian kursus dan untuk kegunaan sekolah.  Bahan-Bahan kursus ini boleh dimuat turun melalui alamat berikut : http://www.4shared.com/dir/1vayWhQ7/Bahan_Kursus_KSSR_BArab.html

Modul Latih Tubi Bahasa Arab PMR 2010

Kepada semua guru-guru yang mengajar Bahasa Arab PMR khususnya di Negeri  Sembilan yang ingin mendapatkan modul latih tubi tersebut boleh berhubung terus dengan Penolong Pengarah Operasi Bahasa Arab melalui talian 013-3767285 atau melalui email di alamat alserembani @gmail.com.

Sekian Terima Kasih..............

Wednesday, August 11, 2010

Bengkel kawal Mutu Item Bahasa Arab Menengah Rendah

09 Ogos (Isnin) SPI telah mengadakan Bengkel Kawal Mutu Item Bahasa Arab Menengah Rendah di SMK Pendeta Za'ba.Bengkel ini adalah lanjutan dari bengkel pemurnian item yang telah diadakan pada 28 Julai yang lalu. Al-hamdulillah sebanyak sepuluh set soalan-soalan latih tubi Bahasa Arab PMR telah berjaya dihasilakn terima kasih diucapkan kepada semua ahli panel pembinaan item...jazaka Allah khairan kathira..Baraka Allah fikum.........

 
  

Tuesday, August 10, 2010

MAJLIS PERSARAAN DAN PERTUKARAN PEGAWAI SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM

Pada 30 Julai 2010 telah diadakan satu majlis bagi meraikan pegawai-pegawai dari Sektor Pendidikan Islam dan dari Pejabat Pelajaran Daerah yang bersara dan bertukar ke tempat bertugas yang baru. Pegawai yang bersara adalah Ustaz Mohamad Rusli Bin Ibrahim (Mantan Ketua Sektor Pendidikan Islam) yang akan bersara pada 12 September 2010. Ustazah Supiah Binti Abu Penyelia Operasi Pendidikan Islam KBSR dan Ustaz Abdul Aziz Bin Abdul Samad bersara wajib pada 29 Julai 2010. Pegawai-pegawai yang bertukar Ustaz Mohd Zuhaidi Bin Abdul Wahab bertukar ke SMA Rantau, Ustaz Suhaimi Bin Isa bertukar ke SMA Haji Mohd Yatim Ulu Gadong dan Ustaz Mohamad Fadzilah Bin Zulkafly bertukar ke SMK Tunku Besar Burhanuddin Seri Menanti.



Ustazah Supiah Binti Abu
Ustaz Abdul Aziz Bin Abdul Samad
Ustaz Mohamad Rusli Bin Ibrahim
Ustaz Suhaimi Bin Isa
Ustaz Mohd Zuhaidi Bin Abdul Wahab
Ustaz Haji Mohamad Fadzilah Bin Zulkafly