Sahabat

Tuesday, April 19, 2011

PEPERIKSAAN SETARA PERTENGAHAN PENGGAL 2011 BAGI MATA PELAJARAN BAHASA ARAB

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Perhatian kepada semua guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Arab di sekolah-sekolah seluruh Negeri Sembilan.......

Bagi Peperiksaan Pertengahan Penggal 2011 ini Pihak Sektor Pendidikan Islam ada menyediakan soalan-soalan peperiksaan bagi setiap tingkatan (tingkatan satu hingga lima). Soalan-soalan tersebut dalam proses percetakan.....dan akan diedarkan ke setiap sekolah yang ada subjek ini melalui Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing bermula minggu depan...Setiap sekolah bolehlah mendapatkan set-set soalan ini di PPD masing masing bermula 27 hb minggu depan ...

Diharap semua guru Bahasa Arab maklum dan mengambil perhatian terhadap makluman ini...

Sekiranya tuan-puan memerlukan soft copy bagi soalan-soalan ini  sila panjangkan permohonan tuan-puan tersebut ke alserembani@gmail.com.

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila hubungi Penolong Pengarah Operasi Bahasa Arab SPI JPNS.

Sekian dimaklumkan.....

Pen.Pengarah Operasi Bahasa Arab 
Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

19 April 2011