Sahabat

Monday, March 5, 2012

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB

Makluman Awal....

Persidangan Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab ini merupakan anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Berdasarkan kepada keputusan mesyuarat pada 1 Mac 2012 telah memutuskan bahawa persidangan ini akan di adakan di Negeri Sembilan Darul Khusus. tarikh yang dicadangkan adalah pada 19 dan 20 Mei 2012....

Persidangan ini nanti akan melibatkan penyertaan dari guru-guru yang mengajar Bahasa Arab di Institusi-Institusi Pendidikan khususnya dari Negeri Sembilan...

Mohon kepada semua tuan guru dan puan guru memberi kerjsama dalam menjayakan persidangan yang julung kali diadakan di negeri ini.....

Sekian untuk makluman semua....

Mohon Pandangan

Asalamualaikum w.r.b.t.h

Tuan-tuan guru dan puan-puan guru Bahasa Arab Sekolah Menengah seluruh Negeri Sembilan DK yang dirahmati Allah s.w.t .

Pada akhir bulan Mac ini atau awal April (selepas keputusan SPM 2011 diumumkan) satu bengkel berkaitan Bahasa Arab akan diadakan oleh Sektor Pendidikan Islam...

Salah satu dari pengisian bengkel itu nanti adalah perbincangan membina Jadual Spesifikasi Ujian Bahasa Arab semua tingkatan 1-5.
dan 
bagaimana untuk membina soalan-soalan yang boleh diguna pakai untuk peperiksaan atau ujian pertengahan penggal dan akhir penggal 2012 bagi semua tingkatan di semua sekolah..terutamanya bagi Bahasa Arab tingkatan 4 dan lima yang menggunakan format baru.....memandangkan peperiksaan selaras @setara tidak dibenarkan lagi.....

dan

Modul latih tubi yang difikirkan sesuai untuk pelajar tingkatan satu dua dan empat

Mohon tuan-tuan guru dan puan-puan guru memberikan idea, pandangan atau pendapat....