Sahabat

Thursday, May 24, 2012

SOALAN HIWAR DAN KALIMAH AL-SOBAH IHTIFAL 2012

Makluman kepada semua guru-guru Bahasa Arab di  SMKA,SABK,SMK(KAA),SBPI dan SMAP Labu bahawa soalan-soalan hiwar dan kalimah al-Sobah telah di hantar ke alamat email masing-masing dan ke alamat email panitiabahasaarabnegeri9@gmail.com

Mohon semua guru memuat turun tajuk-tajuk tersebut bagi tujuan melatih peserta-peserta dari sekolah tuan dan puan

Sekian untuk makluman semua

Wednesday, May 16, 2012

SELAMAT HARI GURU



GURU BUKAN MACAM PAPAN SKATE
  BELUM MAIN GILAP
    DAH MAIN PIJAK

GURU BUKAN MACAM BOLA SEPAK
  BELUM DAPAT KEJAR 
    DAH DAPAT TENDANG

GURU BUKAN MACAM BULU TANGKIS
  BELUM MAIN PEGANG
    DAH MAIN PUKUL

GURU IBARAT  BOLA RAGBI
  BELUM DAPAT REBUT
    DAH DAPAT LINDUNGI

GURU IBARAT JARI JEMARI
  LUKANYA SEMBUH SENDIRI
    TAPI HILANGNYA TIADA GANTI..................

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU  
SEMOGA ALLAH MERAHMATI HIDUP KITA...............
AMIIIN YA RABAL ALAMIIN.....
AL-FATIHAH UNTUK GURU-GURU YANG TELAH PERGI MENINGGALKAN KITA.. 
TERUSKAN PERJUANGAN MENDIDIK ANAK BANGSA...

JEMPUTAN KE PERSIDANGAN KEBANGSAAN P&P BAHASA ARAB 2012

Makluman kepada semua  guru Bahasa Arab di Sekolah Menengah bahawa surat panggilan untuk menghadiri persidangan tersebut telah difakskan ke sekolah masing masing...mohon ambil maklum sekiranya ustaz atau ustazah yang tidak dapat menghadiri persidangan ini atas sebab-sebab keuzuran yang boleh dimaafkan oleh syarak...sila hubungi segera Sektor Pendidikan Islam supaya ketidakhadiran tuan puan boleh digantikan dengan peserta yang lain kerana tempat adalah terhad dan ketidakhadiran tuan puan tanpa makluman akan mencacatkan nama Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan...

Monday, May 7, 2012

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA ARAB

Kepada semua guru Bahasa Arab seluruh Negeri Sembilan Darul Khusus...

Sepertimana yang telah dimaklumkan sebelum ini bahawa satu persidangan berkaitan P&P Bahasa Arab peringkat kebangsaan anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Jabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan akan diadakan di negeri ini.

Persidangan ini telah diputuskan akan diadakan pada ketetapan berikut  :

          Tarikh   : 19 Mei 2012
          Hari      :  Sabtu 
          Masa    :  8.00 pagi   hingga   5.00 petang
         Tempat  :  Baitul Hilal Teluk Kemang Port Dickson

Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan amat beruntung kerana telah diberikan 88 tempat untuk persidangan ini. Oleh itu mohon kepada semua guru Bahasa Arab agar tidak melepaskan peluang untuk hadir ke persidangan tersebut. Makan minum adalah ditaja sepenuhnya oleh MAINS dan TIDAK ADA YURAN YANG DIKENAKAN..surat jemputan dan pemberitahuan akan dihantar ke sekolah masing-masing dan diminta kepada semua yang akan menerima surat nanti agar dapat hadir ke persidangan ini. Kehadiran tuan-puan yang dijemput adalah diWAJIBKAN kegagalan untuk hadir akan menyebabkan tuan-puan diminta mengemukakan surat tunjuk sebab...

MOHON KERJASAMA

Kepada semua Guru Bahasa Arab Sekolah Menengah Seluruh Negeri Sembilan Darul Khusus...

Berdasarkan kepada taklimat dan perbincangan yang telah diadakan pada 30 April 2012 tempohari di PPD Jempol dan Jelebu...Setiap Panitia Bahasa Arab Sekolah perlu menghantar satu set Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 bagi setiap tingkatan kepada Sektor Pendidikan Islam dalam bentuk soft dan hard copy bagi tujuan pengkongsian kepada semua panitia sekolah...

Mohon kerjasama kepada panitia yang belum menghantarkannya sila hantar soalan tersebut(soft copy) ke alamat panitiabahasaarabnegeri9@gmail.com secepat mungkin.... 

Kerjasama dari semua amat diharapkan....

PEMBERITAHUAN " SOALAN PKSR" 2012

Makluman kepada semua guru-guru Bahasa Arab Sekolah Rendah seluruh Negeri Sembilan Darul Khusus
Soalan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah PKSR boleh dimuat turun melalui laman sesawang Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia...
Surat Siaran berkaitan pemberitahuan ini telah dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah, sila hubungi pegawai j-QAF atau Penyelia Pendidikan Islam di PPD   masing-masing...
Tuan Puan perlu masuk (log in) ke laman sesawang tersebut dengan menggunakan kata kunci yang dinyatakan  dalam surat tersebut seterusnya pergi ke menu muat turun...di situ akan dipaparkan folder jqaf...selamat mendownload

sekian untuk makluman semua...