Tuan-tuan guru, Puan-puan guru, Dato' dan Datin Sekelian..........
Berdasarkan kepada surat makluman pelaksanaan Program Tahbib al-Lughah JPNS.SPI.PPI.700-1/39/2( ) bertarikh 28 Disember 2010, tuan-tuan,puan-puan,Dato' dan Datin yang dihormati sekelian diminta menghantar laporan pelaksanaan program tersebut pada atau sebelum 20 Febuari 2011......
Sehingga tempoh tersebut tamat hanya dua buah sekolah sahaja yang telah menghantar laporan tersebut ....
Oleh itu dipanjangkan tempoh penghantaran tersebut sehingga 11 Mac 2011....
Sekiranya tuan,puan Dato dan Datin tidak dapat menghantar laporan pada tarikh kedua ini tuan-puan bolehlah menghantarnya pada 20 Febuari 2012....
Laporan hendaklah dihantar dalam bentuk soft copy sahaja....
Format laporan boleh dimuat turun di alamat berikut :
http://www.4shared.com/file/P22q-eZh/laporan_tahbib_al-lughah_2011.html
Sekian . Terima kasih
........................t.t...........................
Pen. Pengarah Operasi Bahasa Arab
Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan
Thursday, February 24, 2011
Tahniah Syabas dan Terima kasih..........
Asalamualaikum...w.r.t.h
Tuan-tuan guru dan puan-puan guru para ustaz dan ustazah Ketua Panitia Bahasa Arab SABK, SMKA dan SMAP Labu.... setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan di atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Lawatan Penanda Aras (Bench Mark) subjek Bahasa Arab di SMK Desa Cempaka Nilai...
Harapan dan Doa semoga lawatan ini dapat mencetus idea dan menjana upaya untuk meningkatkan lagi prestasi pencapaian Bahasa Arab di sekolah-sekolah tuan-tuan dan puan-puan.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengetua dan seluruh warga SMK Desa Cempaka atas kesudian menerima kunjungan rombongan kami kali kedua...
Tahniah dan syabas kepada Ustazah Azlina Binti Mustapha kerana sudi melaksanakan P&P (Micro Teaching) yang dapat dicerap oleh ahli-ahli rombongan....
DVD Macro Teaching telah siap dan sesiapa yang ingin mendapatkannya bolehlah datang ke Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan...
....................t..t......................................
Penolong Pengarah Operasi Bahasa Arab
Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan
Wednesday, February 16, 2011
LAWATAN PENANDA ARAS(BENCH MARK) BAHASA ARAB SABK
Asalamualaikum w.r.b.t. tuan guru para ustaz dan puan guru para ustazah, ketua-ketua panitia Bahasa Arab di Sekolah-Sekolah Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh Negeri Sembilan....
Berdasarkan kepada keputusan mesyuarat Panitia Bahasa Arab Negeri Bil 1/2011 yang lalu........
Satu lawatan Penanda Aras ke SMK Desa Cempaka Nilai akan diadakan pada ketetapan berikut:
Hari : Rabu
Tarikh : 23 Febuari 2011
Masa : 8.00 pagi
Tuan, Puan ustaz dan ustazah dikehendaki hadir ke program ini :
Surat panggilan telah difakskan ke sekolah masing-masing..mana-mana guru yang tidak menerima surat panggilan sila berhubung terus dengan Sektor Pendidikan Islam Jabatan pelajaran Negeri Sembilan.
Agenda Program
8.00-8.30 pagi : Ketibaan Guru-Guru & minum pagi
: Ucapan Alu-aluan pengerusi majlis
: Ucapan Pengetua SMK Desa Cempaka
Puan Hajah Maimon Bt Talib
: Ucapan Wakil JPNS
8.55 -10.15 : Micro Teaching Bahasa Arab Kelas Tingkatan 3
: Lawatan Bench-Mark ke Kelas KAA
: Perbincangan & Rumusan
: Perbincangan & Rumusan
1.30 : Makan Tengahari
: Bersurai
....................t..t.....................................
Penolong Pengarah Operasi Bahasa Arab
Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan
Tahniah Dan Terima Kasih Kepada Semua Ketua Panitia Bahasa Arab KAA
Asalamualaikum...w.r.t.h
....................t..t......................................
Penolong Pengarah Operasi Bahasa Arab
Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan
Tuan-tuan guru dan puan-puan guru para ustaz dan ustazah Ketua Panitia Bahasa Arab Kelas Aliran Agama setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan di atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Lawatan Penanda Aras (Bench Mark) di SMK Desa Cempaka Nilai...
Harapan dan Doa semoga lawatan ini dapat mencetus idea dan menjana upaya untuk meningkatkan lagi prestasi pencapaian Bahasa Arab di sekolah-sekolah tuan-tuan dan puan-puan.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengetua dan seluruh warga SMK Desa Cempaka atas kesudian menerima kunjungan rombongan kami.
Tahniah dan syabas kepada Ustazah Azlina Binti Mustapha kerana sudi melaksanakan P&P (Micro Teaching) yang dapat dicerap oleh ahli-ahli rombongan....
....................t..t......................................
Penolong Pengarah Operasi Bahasa Arab
Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan
Tuesday, February 15, 2011
LAWATAN PENANDA ARAS(BENCH MARK) BAHASA ARAB KAA
Asalamualaikum w.r.b.t. tuan guru para ustaz dan puan guru para ustazah, ketua-ketua panitia Bahasa Arab di Kelas-Kelas Aliran Agama SMK seluruh Negeri Sembilan....
Berdasarkan kepada keputusan mesyuarat Panitia Bahasa Arab Negeri Bil 1/2011 yang lalu........
Satu lawatan Penanda Aras ke SMK Desa Cempaka Nilai akan diadakan pada ketetapan berikut:
Hari : Rabu
Tarikh : 16 Febuari 2011
Masa : 8.00 pagi
Tuan, Puan ustaz dan ustazah dikehendaki hadir ke program ini :
Surat panggilan telah difakskan ke sekolah masing-masing..mana-mana guru yang tidak menerima surat panggilan sila berhubung terus dengan Sktor Pendidikan Islam Jabatan pelajaran Negeri Sembilan.
Agenda Program
8.00-8.30 pagi : Ketibaan Guru-Guru & minum pagi
: Ucapan Alu-aluan pengerusi majlis
: Ucapan Pengetua SMK Desa Cempaka
Puan Hajah Maimon Bt Talib
: Ucapan Wakil JPNS
9.00 : Micro Teaching Bahasa Arab Tingkatan 2KAA(kump1)
10.15 : Lawatan Bench-Mark KAA (kump dua)
12.30 : Micro Teaching Tingkatan Tiga KAA (kump 2)
1.30 : Makan Tengahari
: Bersurai
2.30 : Mesyuarat Penyelaras-Penyelaras KAA
....................t..t.....................................
Penolong Pengarah Operasi Bahasa Arab
Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan
.
Monday, February 7, 2011
Muat Turun Contoh Modul KSSR Bahasa Arab Tahun Satu Tajuk 1-5
Asalamualaikum w.r.b.t
Tuan Puan Ustaz dan Ustazah di sekolah-sekolah kebangsaan seluruh Negeri Sembilan........
Jurulatih Esekutif Bahasa Arab KSSR Ustazah Suraiya Binti Mohd Yusof telah menghasilkan lima contoh modul pembelajaran dan pengajaran Bahasa Arab KSSR. tuan, puan bolehlah memuat turun contoh-contoh modul ini di alamat berikut : http://www.4shared.com/file/1ZYqN8tc/CONTOH_MODUL_KSSR_THN_1_2011__.html atau di alamat : http://www.4shared.com/account/dir/T8Flm2KI/sharing.html?rnd=83 diharap modul-modul ini dapat membantu dan mempermudahkan tuan, puan ustaz dan ustazah di sekolah.... terima kasih JU Esekutif.... terima kasih tuan-puan ustaz ustazah....

Tuesday, February 1, 2011
KRITERIA PEMARKAHAN PERTANDINGAN GURU INOVATIF
Di Negeri Sembilan Pertandingan Guru Inovatif Sambutan Hari Guru diadakan setiap tahun dan dikendalikan oleh Unit Kurikulum Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Pertandingan ini diadakan bertujuan memilih calon untuk dipertandingkan di peringkat kebangsaan. Di peringkat kebangsaan ia dikelolakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM. Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori Individu Sekolah Rendah, Kategori Individu Sekolah Menengah dan Kategori Berkumpulan.
Penyertaan Guru-guru Pendidikan Islam / guru j-QAF yang mengajar subjek Pendidikan Islam atau Bahasa Arab terlalu sedikit. Mungkin kerana tidak mendapat pendedahan yang secukupnya dari aspek pemarkahan, kriteria penilaian, syarat-syarat pertandingan dan sebagainya. Oleh itu Sektor Pendidikan Islam melalui Blog Bahasa Arab ini, mengambil inisiatif mendedahkan kriteria pemarkahan pertandingan ini, agar dapat memberi sedikit perkongsian maklumat dengan guru-guru Pendidikan Islam & j-QAF. Perkongsian maklumat ini diharap dapat mencetuskan idea dan minat GPI untuk menghasilkan inovasi dan seterusnya memasuki pertandingan ini.
Untuk Pengetahuan Semua GPI di Negeri Sembilan. Sektor Pendidikan Islam mulai tahun 2009 telah mewujudkan satu kategori khusus bagi anugerah Guru Inovatif Pendidikan Islam (termasuk Bahasa Arab) dalam Hari Kecemerlangan Institusi Pendidikan Islam (IPA). Penilaian dan penghakiman dikendalikan sepenuhnya oleh SPI. Pihak SPI mengalu-alukan penyertaan dari tuan, puan ustaz dan ustazah.
Dengan pendedahan ini juga, diharap dapat menarik minat semua GPI dan guru j-QAF untuk menghasilkan inovasi-inovasi baru yang dapat memberi nilai tambah dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah-sekolah seluruh Negeri Sembilan
Berikut dilampirkan kriteria pemarkahan bagi pertandingan guru inovatif untuk rujukan semua :
Sekian. untuk makluman. terima kasih
..................t..t........................................
Penolong Pengarah Operasi Bahasa Arab
Sektor Pendidikan Islam
Jabatan pelajaran Negeri Sembilan
Subscribe to:
Posts (Atom)