Sahabat

Monday, May 23, 2011

BENGKEL PENYELARASAN PENGHAKIMAN MAJLIS IHTIFAL IPA KALI PERTAMA

Satu bengkel bagi menyelaraskan hal-hal yang berkaitan penghakiman bagi Majlis Ihtifal Institusi Pendidikan Islam akan diadakan besok 24 Mei 2011 di Darul Falah Pejabat Pelajaran Daerah Tampin bermula jam 8.00 pagi......seorang wakil dari setiap sekolah KAA,SMKA dan SABK ada dijemput untuk menghadiri bengkel tersebut.... mohon kepada semua yang terlibat membawa bersama-sama

Monday, May 16, 2011

KEPADA SEMUA 
TUAN-TUAN GURU ...USTAZ DAN PUAN-PUAN GURU... USTAZAH........
SELURUH NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


SELAMAT HARI GURU...............

Wednesday, May 11, 2011

SOALAN UJIAN DIAGNOSTIK BAHASA ARAB PMR DAN SPM 2011

Asalamualaikum w.b.r.t.h.....

Makluman dan perhatian tuan-tuan guru dan puan-puan guru ustaz dan ustazah yang mengajar Bahasa Arab di sekolah KAA, SABK, SMKA, SMAP,dan  SBPI seluruh Negeri Sembilan........................

Satu Set Soalan Ujian Diagnostik Bahasa Arab PMR & SPM berserta Contoh skema pemarkahannya telah di hantar ke sekolah tuan, puan melalui Pejabat Pendidikan Daerah. Tuan puan bolehlah mendapatkannya melalui PPD yang berkenaan.

Mohon tuan guru dan puan guru membaca terlebih dahulu surat yang dilampirkan bersama-sama set soalan tersebut untuk tindakan tuan dan puan selanjutnya....

Tujuan set soalan ujian  ini dibina dan diedarkan ke sekolah-sekolah untuk melihat sejauhmana keupayaan dan penguasaan pelajar-pelajar dalam subjek Bahasa Arab bagi setengah penggal pertama sesi persekolah tahun 2011 ini.

Segala kerjasama dan keperhatinan tuan guru dan puan guru melaksanakan ujian ini didahului dengan ucapan terima kasih


Sekian. Terima kasih.....


...........t.t............
P.P Bahasa Arab
SPI JPNS

MODUL LATIH TUBI MUSIM CUTI SEKOLAH TINGKATAN SATU DAN DUA

Makluman dan Perhatian Kepada......


Tuan guru ustaz-ustaz dan Puan guru ustazah-ustazah di Sekolah-Sekolah Menengah KAA, SABK,SMKA,SMAP dan SBPI seluruh Negeri Sembilan Darul Khusus.......

Satu  set latih tubi Bahasa Arab Musim Cuti Sekolah bagi tingkatan Satu dan Dua telah dihantar ke sekolah-sekolah tuan, puan melalui Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing....oleh itu tuan,puan boleh lah mengambilnya di PPD masing-masing ...mohon tuan guru dan puan guru membaca surat yang dilampirkan bersama-sama modul tersebut untuk tindakan tuan guru dan puan guru selanjutnya........

Latih tubi ini dibina dan diedarkan disekolah-sekolah tuan puan bertujuan memberikan pengukuhan dan pengayaan kepada para pelajar yang mengambil subjek Bahasa Arab dan seterusnya menambah minat pelajar untuk terus belajar dan menghayati pembelajaran Bahasa ini.......

Adalah amat diharapkan agar modul ini diedar dan disebarkan kepada semua pelajar tingkatan satu dan dua di sekolah tuan, puan...

Segala kerjasama dari pihak tuan guru dan puan guru dalam memastikan modul ini dilakasanakan oleh semua pelajar berkenaan didahului dengan ucapan terima kasih............

Sekian.   Terima kasih

SOALAN PKSR PERTENGAHAN TAHUN TAHAP 2, TAHUN 4,5,6

Asalamualaikum w.r.b.t.h

Perhatian kepada para Ustaz dan Ustazah di sekolah-sekolah kebangsaan seluruh Negeri Sembilan.....

Makluman dari Unit Bahasa Arab Sektor Pendidikan Islam Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia .....Bahawa Soalan PKSR Pertengahan tahun bagi tahap dua iaitu untuk tahun empat, lima dan enam sudah boleh dimuat turun dari laman sesawang Bahagian Pembangunan Kurikulum ...pergi ke folder KBSR pada Bahagian BAHAN SOKONGAN klik dan muat turun....Kata kekunci bagi membuka soalan tersebut adalah sepertimana kata kunci sebelum ini.....

Sekian dimaklumkan 



.......................t..t................................
Penolong Pengarah Operasi Bahasa Arab
Sektor Pendidikan Islam 
Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

Tuesday, May 3, 2011

Soalan Setara Pertengahan Penggal 2011

Asalamualaikum w.r.b.th

Tuan, Puan para Ustaz dan Ustazah yang mengajar subjek Bahasa Arab di sekolah-sekolah seluruh Negeri Sembilan......Berikut ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh pihak tuan..puan

i.   Soalan-soalan Setara Bahasa Arab pertengahan penggal bagi tingkatan satu hingga lima telah dihantar ke sekolah masing-masing melalui PPD

ii. Skema jawapan bagi tingkatan dua dan tiga sahaja ada disediakan manakala bagi tingkatan yang lain skema hendaklah disediakan oleh guru..

iii. Mana-mana sekolah yang belum sempat menghabiskan sukatan yang sepatutnya @ tajuk yang masuk periksa   boleh mengubahsuai soalan tersebut....tetapi bukan keseluruhan soalan...

iv. Bagi soalan tingkatan satu yang dikatakan agak tinggi aras soalannya...juga boleh diubahsuai tetapi bukan keseluruhan soalan...

v. Analisa...pencapaian...perlu disediakan dan dihantar ke Sektor Pendidikan Islam sepertimana tarikah yang ditetapkan....


Sekian dimaklumkan........

Tuesday, April 19, 2011

PEPERIKSAAN SETARA PERTENGAHAN PENGGAL 2011 BAGI MATA PELAJARAN BAHASA ARAB

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Perhatian kepada semua guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Arab di sekolah-sekolah seluruh Negeri Sembilan.......

Bagi Peperiksaan Pertengahan Penggal 2011 ini Pihak Sektor Pendidikan Islam ada menyediakan soalan-soalan peperiksaan bagi setiap tingkatan (tingkatan satu hingga lima). Soalan-soalan tersebut dalam proses percetakan.....dan akan diedarkan ke setiap sekolah yang ada subjek ini melalui Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing bermula minggu depan...Setiap sekolah bolehlah mendapatkan set-set soalan ini di PPD masing masing bermula 27 hb minggu depan ...

Diharap semua guru Bahasa Arab maklum dan mengambil perhatian terhadap makluman ini...

Sekiranya tuan-puan memerlukan soft copy bagi soalan-soalan ini  sila panjangkan permohonan tuan-puan tersebut ke alserembani@gmail.com.

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila hubungi Penolong Pengarah Operasi Bahasa Arab SPI JPNS.

Sekian dimaklumkan.....

Pen.Pengarah Operasi Bahasa Arab 
Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

19 April 2011