Adalah dimaklumkan bahawa Program Tahbib al-Lughah untuk pelajar-pelajar tingkatan satu sesi 2012 hendaklah dijalankan oleh setiap sekolah Kelas Aliran Agama(KAA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan(SABK), Sekolah Berasrama Penuh (SMAP) Labu dan SBPI Jempol bermula minggu kedua sesi persekolahan 2012 ini.
Pelaksanaannya hendaklah mengikut garis panduan yang terdapat dalam Buku Panduan Pelaksanaan Program Tahbib al-Lughah yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia Edisi Tahun 2007.
Pemantauan pelaksanaan program akan dijalankan oleh Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan atau Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia.
Laporan pelaksanaan program hendaklah dihantar ke Sektor Pendidikan Islam sebelum atau pada 20 Febuari 2012 ke Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.
Surat Siaran berkaitan pelaksanaan program ini bagi tahun ini boleh dimuat turun dari laman sesawang Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.
Thursday, January 5, 2012
Wednesday, January 4, 2012
Bahan-Bahan KSSR Tahun Dua 2012
Berikut adalah Bahan-Bahan KSSR Bahasa Arab Tahun Dua untuk rujukan dan kegunaan guru-guru Bahasa Arab di Sekolah Kebangsaan seluruh Negeri Sembilan...semoga bermanfaat :
1. RPT Tahun Dua
2. Dokumen Standard Bahasa Arab Tahun Dua
3. Bahan Kursus Induksi Bahasa Arab Tahun Dua
4. Modul Transisi Bahasa Arab Tahun Satu Kegunaan 2012
Untuk muat turun clik di sini
1. RPT Tahun Dua
2. Dokumen Standard Bahasa Arab Tahun Dua
3. Bahan Kursus Induksi Bahasa Arab Tahun Dua
4. Modul Transisi Bahasa Arab Tahun Satu Kegunaan 2012
Untuk muat turun clik di sini
Wednesday, December 21, 2011
Thursday, December 1, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)




