Sahabat

Monday, March 5, 2012

Mohon Pandangan

Asalamualaikum w.r.b.t.h

Tuan-tuan guru dan puan-puan guru Bahasa Arab Sekolah Menengah seluruh Negeri Sembilan DK yang dirahmati Allah s.w.t .

Pada akhir bulan Mac ini atau awal April (selepas keputusan SPM 2011 diumumkan) satu bengkel berkaitan Bahasa Arab akan diadakan oleh Sektor Pendidikan Islam...

Salah satu dari pengisian bengkel itu nanti adalah perbincangan membina Jadual Spesifikasi Ujian Bahasa Arab semua tingkatan 1-5.
dan 
bagaimana untuk membina soalan-soalan yang boleh diguna pakai untuk peperiksaan atau ujian pertengahan penggal dan akhir penggal 2012 bagi semua tingkatan di semua sekolah..terutamanya bagi Bahasa Arab tingkatan 4 dan lima yang menggunakan format baru.....memandangkan peperiksaan selaras @setara tidak dibenarkan lagi.....

dan

Modul latih tubi yang difikirkan sesuai untuk pelajar tingkatan satu dua dan empat

Mohon tuan-tuan guru dan puan-puan guru memberikan idea, pandangan atau pendapat....

Thursday, February 16, 2012

BORANG TRANSIT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH BAHASA ARAB TAHUN DUA

Asalamualaikum...

Kepada semua guru-guru Bahasa Arab Sekolah Kebangsaan Seluruh Negeri Sembilan

Berikut dilampirkan Borang Transit Pentaksiran Berasakan Sekolah Bahasa  Arab tahun Dua yang telah disediakan oleh Jurulatih Bahasa Arab Negeri Sembilan untuk memudahkan pengurusan PBS di sekolah....

Click sini untuk muat turun

Semoga dapat memberikan manfaat kepada semua guru-guru Bahasa Arab yang mengajar Tahun Dua


Sekian Terima Kasih

Tuesday, January 10, 2012

Surat Mohon Data Guru Bahasa Arab


Mohon Tuan-tuan guru dan puan-puan guru agar segera menghantar data guru Bahasa Arab Sekolah Menengah bagi tujuan pengemaskinian data bagi tahun 2012...

Segala kerjasam diucapkan ribuan terima kasih.........








Surat Mohon Data Guru Bahasa Arab


Mohon Tuan-tuan guru dan puan-puan guru agar segera menghantar data guru Bahasa Arab Sekolah Menengah bagi tujuan pengemaskinian data bagi tahun 2012...

Segala kerjasam diucapkan ribuan terima kasih.........








Surat Siaran Pelaksanaan Program Tahbib al-Lughah Untuk Tingkatan Satu Sesi 2012


Thursday, January 5, 2012

Makluman Pelaksanaan Tahbib al-Lughah Bagi Pelajar Tingkatan Satu Sesi 2012

Adalah dimaklumkan bahawa Program Tahbib al-Lughah untuk pelajar-pelajar tingkatan satu sesi 2012 hendaklah dijalankan oleh setiap sekolah Kelas Aliran Agama(KAA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan(SABK), Sekolah Berasrama Penuh (SMAP) Labu dan SBPI Jempol bermula minggu kedua sesi persekolahan 2012 ini.

Pelaksanaannya hendaklah mengikut garis panduan yang terdapat dalam Buku Panduan Pelaksanaan Program Tahbib al-Lughah yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia Edisi Tahun 2007.

Pemantauan pelaksanaan program akan dijalankan oleh Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan atau Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia.

Laporan pelaksanaan program hendaklah dihantar ke Sektor Pendidikan Islam sebelum atau pada 20 Febuari 2012 ke Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

Surat Siaran berkaitan pelaksanaan program ini bagi tahun ini boleh dimuat turun dari laman sesawang Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

Wednesday, January 4, 2012

Bahan-Bahan KSSR Tahun Dua 2012

Berikut adalah Bahan-Bahan KSSR Bahasa Arab Tahun Dua  untuk rujukan dan kegunaan guru-guru Bahasa Arab di Sekolah Kebangsaan seluruh Negeri Sembilan...semoga bermanfaat  :


1. RPT Tahun Dua

2. Dokumen Standard Bahasa Arab Tahun Dua

3. Bahan Kursus Induksi Bahasa Arab Tahun Dua

4. Modul Transisi Bahasa Arab Tahun Satu Kegunaan 2012

Untuk muat turun  clik di sini