Wednesday, May 16, 2012
JEMPUTAN KE PERSIDANGAN KEBANGSAAN P&P BAHASA ARAB 2012
Makluman kepada semua guru Bahasa Arab di Sekolah Menengah bahawa surat panggilan untuk menghadiri persidangan tersebut telah difakskan ke sekolah masing masing...mohon ambil maklum sekiranya ustaz atau ustazah yang tidak dapat menghadiri persidangan ini atas sebab-sebab keuzuran yang boleh dimaafkan oleh syarak...sila hubungi segera Sektor Pendidikan Islam supaya ketidakhadiran tuan puan boleh digantikan dengan peserta yang lain kerana tempat adalah terhad dan ketidakhadiran tuan puan tanpa makluman akan mencacatkan nama Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan...
Tuesday, May 15, 2012
Monday, May 7, 2012
PERSIDANGAN KEBANGSAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA ARAB
Kepada semua guru Bahasa Arab seluruh Negeri Sembilan Darul Khusus...
Sepertimana yang telah dimaklumkan sebelum ini bahawa satu persidangan berkaitan P&P Bahasa Arab peringkat kebangsaan anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Jabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan akan diadakan di negeri ini.
Persidangan ini telah diputuskan akan diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 19 Mei 2012
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Baitul Hilal Teluk Kemang Port Dickson
Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan amat beruntung kerana telah diberikan 88 tempat untuk persidangan ini. Oleh itu mohon kepada semua guru Bahasa Arab agar tidak melepaskan peluang untuk hadir ke persidangan tersebut. Makan minum adalah ditaja sepenuhnya oleh MAINS dan TIDAK ADA YURAN YANG DIKENAKAN..surat jemputan dan pemberitahuan akan dihantar ke sekolah masing-masing dan diminta kepada semua yang akan menerima surat nanti agar dapat hadir ke persidangan ini. Kehadiran tuan-puan yang dijemput adalah diWAJIBKAN kegagalan untuk hadir akan menyebabkan tuan-puan diminta mengemukakan surat tunjuk sebab...
MOHON KERJASAMA
Kepada semua Guru Bahasa Arab Sekolah Menengah Seluruh Negeri Sembilan Darul Khusus...
Berdasarkan kepada taklimat dan perbincangan yang telah diadakan pada 30 April 2012 tempohari di PPD Jempol dan Jelebu...Setiap Panitia Bahasa Arab Sekolah perlu menghantar satu set Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 bagi setiap tingkatan kepada Sektor Pendidikan Islam dalam bentuk soft dan hard copy bagi tujuan pengkongsian kepada semua panitia sekolah...
Mohon kerjasama kepada panitia yang belum menghantarkannya sila hantar soalan tersebut(soft copy) ke alamat panitiabahasaarabnegeri9@gmail.com secepat mungkin....
Kerjasama dari semua amat diharapkan....
PEMBERITAHUAN " SOALAN PKSR" 2012
Makluman kepada semua guru-guru Bahasa Arab Sekolah Rendah seluruh Negeri Sembilan Darul Khusus
Soalan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah PKSR boleh dimuat turun melalui laman sesawang Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia...
Surat Siaran berkaitan pemberitahuan ini telah dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah, sila hubungi pegawai j-QAF atau Penyelia Pendidikan Islam di PPD masing-masing...
Tuan Puan perlu masuk (log in) ke laman sesawang tersebut dengan menggunakan kata kunci yang dinyatakan dalam surat tersebut seterusnya pergi ke menu muat turun...di situ akan dipaparkan folder jqaf...selamat mendownload
sekian untuk makluman semua...
Monday, April 16, 2012
PEMBERITAHUAN
Kepada Semua Ustaz dan Ustazah yang mengajar Bahasa Arab seluruh Negeri Sembilan....
Terdapat beberapa masalah teknikal dalam proses penghantaran JSU ke alamat email masing-masing...
Ada email yang tidak lagi berfungsi , email yang salah ejaan dsb....
Oleh itu sebagai alternatifnya....tuan-puan yang tidak menerima apa-apa email yang dilampirkan JSU, mohon membuka email panitiabahasaarabnegeri9@gmail.com dan tuan-puan bolehlah memuat turun JSU melaluinya..
untuk mendapatkan kata kunci (password) bagi email ini sila hubingi no. berikut 013-3767285...terima kasih

Friday, April 13, 2012
BENGKEL P&P BAHASA ARAB BERKESAN ZON JEMPOL & JELEBU
Asalamualaikum w.r.b.t.h
Sepertimana yang diputuskan dalam mesyuarat Paniitia Bahasa Arab Daerah Jempol dan Jelebu tempohari untuk mengadakan bengkel P&P Bahasa Arab dan aktiviti yang lain...
Sektor Pendidikan Islam melalui Pejabat Pelajaran Daerah jempol dan Jelebu akan mengadakan satu Bengkel P&P Bahasa Arab Berkesan pada tarikh dan ketetapan berikut :
Tarikh : 19 April 2012
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi-5.00 petang
Tempat : Bilik Seminar PPD Jempol & Jelebu
Untuk makluman bengkel ini adalah dikhususkan kepada sekolah-sekolah dalam daerah Jempol dan Jelebu. Surat berkaitan bengkel ini telah dihantar ke sekolah-masing-masing...mana-mana sekolah yang belum menerima surat panggilan sila hubungi Penyelia Pendidikan Islam Daerah jempol Jelebu...
Sekian dimaklumkan... Terima Kasih...

Subscribe to:
Posts (Atom)