Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 31 Januari 2011 ( HARI ISNIN)
Masa : 2.30 petang - 5.00 petang
Tempat : Balai Gadang JPNS
Sehubungan dengan itu Jurulatih-Jurulati Utama KSSR Pendidikan Islam dan Bahasa Arab diminta hadir ke mesyuarat ini. Surat penggilan mesyuarat telah dihantar ke sekolah-sekolah melalui faks..Minta semua JU ambil perhatian...sekiranya belum menerima apa-apa makluman atau mempunyai kemusykilan mengenai mesyuarat ini diminta menghubungi Ustazah Hajah Fatimah Binti Yusoh di talian 012-9063815 atau Ustaz Mohd Radzali bin Mohd Sani 019-6649287.
Sekian. Terima kasih
................t.t...............................
Pen. Pengarah Operasi Bahasa Arab
Sektor Pendidikan Islam
Jabatan pelajaran Negeri Sembilan
Tuesday, January 25, 2011
Tuesday, January 18, 2011
Monday, January 17, 2011
Mesyuarat Panitia Bahasa Arab Negeri Bil 1/2011
Makluman kepada semua ketua Panitia Bahasa Arab Sekolah-Sekolah Menengah yang menawarkan subjek Bahasa Arab SMKA,KAA,SBPI,SMAP dan SABK bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :
Hari : Rabu
Tarikh : 26 Januari 2011
Tempat : Balai Gadang JPNS
Masa : 2.30 petang
Surat panggilan ke mesyuarat ini dalam proses penghantaran ke sekolah-sekolah berkenaan melalui faks...sila rujuk ke pejabat sekolah masing-masing...
Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan dengan mesyuarat ini sila hubungi pihak Sektor Pendidikan Islam JPNS
Sekian. Terima kasih
........................t.t..................................
Penolong Pengarah Operasi Bahasa Arab
Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan
Monday, January 10, 2011
Muat Turun Bahan-Bahan Sokongan Bahasa Arab(Cth.RPT Tahun 4) & Elemen Keusahawanan Tahun Satu KSSR
Makluman kepada semua ustaz dan ustazah, guru-guru j-QAF yang mengajar Bahasa Arab KSSR Tahun Satu dan KBSR Tahun Empat, Bahan-bahan ini merangkumi Contoh RPT Tahun Empat, Buku Panduan Elemen Keushawanan dan Elemen Keusahawan Cemerlang....Bahan-bahan ini telah diusahakan oleh Jurulatih Eksekutif Bahasa Arab Negeri Sembilan Ustazah Suraiya binti Dato' Mohd Yusof....Tuan, puan boleh memuatturun bahan-bahan tersebut dialamat berikut : http://www.4shared.com/file/lQjn0onM/Bahan_BArab.html Diharap bahan-bahan ini dapat membantu tuan,puan dalam proses P&P dan menambah minat murid untuk belajar dan menguasai Bahasa Arab......
Pen. Pengarah Operasi Bahasa Arab
SPI JPNS
Pen. Pengarah Operasi Bahasa Arab
SPI JPNS
Thursday, January 6, 2011
Data Guru Bahasa Arab Tahun 2011
Asalamualaikum w.r.t Makluman kepada semua ketua-ketua panitia Bahasa Arab di SBPI,SMAP,SABK & SMK(KAA) bahawa Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan sedang mengemaskinikan data guru Bahasa Arab di sekolah-sekolah menengah yang menawarkan subjek ini. Surat siaran mengenainya boleh dimuatturun melalui laman web Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan atau boleh diakses melalui alamat berikut : http://www.4shared.com/document/CmzxEJJW/291210_Data_Guru_Mata_Pelajara.html Segala kerjasama dari pihak tuan,puan ustaz ustazah didahului dengan ucapan terima kasih...
Penolong Pengarah Operasi Bahasa Arab
Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan
Penolong Pengarah Operasi Bahasa Arab
Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan
Subscribe to:
Posts (Atom)