Sahabat

Thursday, October 20, 2011

KURSUS PENDEDAHAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH BAGI MATA PELEJARAN BAHASA ARAB TAHUN DUA DAERAH REMBAU 2011

Kursus Pendedahan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahun Dua bagi mata pelajaran Bahasa Arab daerah Rembau telah diadakan pada 10 hingga 14 Oktober 2011 di PKG Kota Rembau. Seramai 23 orang peserta dari seluruh daerah Rembau terlibat dalam kursus ini. Kursus ini dikendalikan oleh tiga orang Jurulatuh Utama Ustaz SUhaidi Bin Md. Sidek dari SK Kota, Ustazah Nur Muzana Lifah Binti Ali SK Tuanku Abdul Rahman Gemas dan Ustaz Khairul Anuar Bin Abdul Barr dari SK Sawah Raja. Terima kasih kepada semua Jurulatih yang bertungkus lumus menyampaikan kandungan kursus dan kepada semua peserta atas kerjasama yang diberikan sepanjang kursus berjalan......................









Sunday, October 16, 2011

KURSUS PENDEDAHAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH BAGI MATA PELAJARAN BAHASA ARAB TAHUN DUA DAERAH JEMPOL 2011

Kursus Pendedahan Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi daerah Jempol telah diadakan di  SK Serting Felda pada 3 hingga 7 Oktober yang lalu. Seramai 31 orang peserta dari semua sekolah yang menawarkan modul elektif Bahasa Arab dari daerah Jempol terlibat dalam kursus ini. Jurulatih yang membimbing peserta terdiri dari Ustaz Hasrul Nizam Che Husi dari SK Juasseh Pusat, Ustaz Hakimi Bin Md. Said dari SK Tunku Muda Serting dan Ustaz Suhaimi Bin Yusoff dari SK Serting Hilir 2.  Terima kasih kepada piahk sekolah yang sudi menjadi tuan rumah, terima kasih kepada para Jurulatih yang menyampaikan segal isi kandungan kursus dan terima kasih kepada para peserta di atas segal kerjasama sepanjang kursus.....

















SOALAN PEPERIKSAAN BAHASA ARAB AKHIR TAHUN TINGKATAN EMPAT MENGIKUT FORMAT BARU SPM 2012

Asalamualaikum w.r.t.b.t.h.....

Kepada semua guru-guru yang mengajar Bahasa Arab tingkatan empat tahun 2011 di sekolah-sekolah SMKA,SABK,KAA seluruh Negeri Sembilan.....dilampirkan di bawah ini link untuk memuat turun soalan tersebut untuk bagi sekolah-sekolah yang belum menjalankan Peperiksaan Akhir Tahun 2011 Bahasa Arab Tingkatan Empat.

Soalan ini telah dibina oleh guru-guru cemerlang Bahasa Arab Negeri Sembilan ketika mesyuarat Penataran Bahasa Arab SPM zon tengah yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia  pada 11-13 Oktober yang lalu....

Harap dapat memberi manfaat kepada tuan guru dan puan guru sekelian........


http://www.4shared.com/file/XNgnw5mj/Soalan_BArab_ting_4_akhir_tahu.html

Thursday, October 13, 2011

KURSUS PENDEDAHAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH BAGI MATA PELEJARAN BAHASA ARAB TAHUN DUA DAERAH JELEBU 2011

Kursus Pendedahan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bagi Mata Pelajaran Daerah Jelebu telah di adakan pada 3 hingga 7 oktober 2011 di PKG Kuala Klawang yang dikendalikan oleh tiga orang Jurulatih Utama Ustazah Fatimah Omar SK Kuala Klawang, Ustazah Ommu Khanif Hasan SK Taman Semarak Nilai dan Ustazah Hasbiah Binti Awang SK Undang Jelebu...































Friday, October 7, 2011

SOALAN PERCUBAAN BAHASA ARAB TINGGI SPM 2011

Tuan-tuan guru dan puan-puan guru..yang mengajar Bahasa Arab Tinggi di sekolah-sekolah SMKA, SMK(KAA),SABK dan SMA negeri... seluruh Negeri Sembilan...

Berikut dilampirkan soalan percubaan Bahasa Arab Tinggi dari beberapa negeri untuk dimanfaatkan oleh tuan-puan.....

Tuan Puan bolehlah memuat turun soalan-soalan percubaan tersebut melalui link yang disediakan di bawah semoga bermanfaat...............

http://www.4shared.com/file/u43nSS9-/trial_BAT_spm_2011.html

Thursday, October 6, 2011

KURSUS PENDEDAHAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH BAGI MATA PELEJARAN BAHASA ARAB TAHUN DUA DAERAH SEREMBAN 2011

Kursus Pendedahan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bagi Mata Pelajaran Daerah Seremban 2011 telah selesai di adakan di SK taman Paroi Jaya. Seramai 47 orang guru Bahasa Arab terlibat dalam kursus ini yang dikendalikan oleh tiga oran Jurulatih Utama iaitu Ustaz Khairul Amir Bin Ahmad dari SK Ampang, Ustazah Ommu Khanif Binti Hasan dari SK Taman Semarak Nilai dan Ustazah Nur Muzana Lifah Binti Ali dari SK Tuanku Abdul Rahman Gemas....para peserta berpuashati dengan perjalan kursus dan dapat menguasai keseluruhan kandungan kursus dengan baik......Syabas dan tahniah kepada barisan Jurulatih dan terima kasih kepada para peserta atas kerjasama yang diberikan sepanjang kursus.................