Tarikh : 1 dan 2 November 2010
Hari : Isnin dan Selasa(dua hari)
Tempat : PKG CHUAH D/A SK CHUAH
Masa : 8.00 am hingga 5.00 pm
Sehubungan dengan itu diminta kepada semua guru bagi daerah Port Dickson yang akan mengajar subjek Bahasa Arab tahun satu 2011 untuk membuat persediaan bagi menghadiri kursus tersebut di atas. Surat panggilan kursus akan mula dihantar mulai minggu hadapan, (bermula 25 Oktober 2010) dan akan disiarkan melalui laman web JPNS atau dihantar melalui faks. Bagi mana-mana guru atau sekolah yang tidak menerima surat panggilan diminta segera menghubungi Ustaz Ahmad Shahrir Bin Abdul Ghani di talian 013-3767285.
Guru-guru yang akan menghadiri kursus ini diminta memuat turun bahan-bahan kursus dari laman share.com sepertimana yang telah dipaparkan dalam blog ini pada post yang terdahulu. Para peserta kursus juga diminta membawa bersama buku teks Bahasa Arab Tahun Satu KSSR dan buku teks Bahasa Arab Tahun Empat KBSR
Kerjasama dari semua guru-guru Bahasa Arab yang akan hadir amat diharapkan. Mana-mana guru yang gagal menghadirkan diri ke kursus ini pada tarikh yang ditetapkan akan dipanggil dalam musim cuti persekolahan akhir semester tahun ini.
Sekian. Terima kasih
Pen. Pengarah Operasi Bahasa Arab
Sektor Pendidikan Islam JPNS
No comments:
Post a Comment