Perhatian dan makluman kepada semua tuan guru dan puan guru yang mengajar subjek Bahasa Arab tingkatan empat tahun 2011 seluruh Negeri Sembilan....
Format tidak rasmi ini adalah berdasarkan kepada apa yang telah didedahkan oleh LPM semasa kursus pendedahan sukatan dan huraian sukatan pelajaran Bahasa Arab Tingkatan Lima yang lalu...
Namun format ini masih belum dimuktamadkan lagi....
Format rasminya akan dimuktamadkan dalam kursus penataran format terbaru SPM 2012 yang akan diadakan pada bulan Oktober nanti sepertimana dimaklumkan oleh pihak LPM
KERTAS SATU :
Soalan kertas satu sama sepertimana soalan format lama..
Empat puluh soalan
pecahannya seperti berikut :
pecahannya seperti berikut :
Nahu 11 soalan
Sarf 11 soalan
Balaghah 12 soalan
mufradat 3 soalan
ad-daad 3 soalan
KERTAS DUA :
Empat soalan :
Soalan Satu :
Insyak 150 perkataan
diberi lima tajuk pilihan....... salah satunya terdapat insyak berpandukan al-hikam wa al-Amsal
Soalan Dua :
Terdapat tiga ceraian
i. Kefahaman (al-fahm wa al-Istiaab) panjang teks kefahaman 180-220 perkataan soalan kefahaman ialah sebanyak TUJUH SOALAN yang perlu dijawab
ii. Soalan mengeluarkan isi-isi penting dari teks karangan digugurkan
digantikan dengan التعامل مع الاخرين dalam bentuk menulis ucapan atau apa-apa yang berkaitan
panjangnya EMPAT PULUH PATAH PERKATAAN (hanya ada satu soalan sahaja tiada pilihan) contoh: tulis satu kad ucapan tahniah kepada sahabat anda yang telah memperolehi kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM...
iii. Soalan terjemahan teks digugurkan dan digantikan dengan AL-HIKAM WA AL-AMSAAL
contoh: أذكر فائدتين من هذا المثال : الجار قبل الدار
Soalan Tiga dan Empat (pilih salah satu)
merupakan soalan berbentuk aplikasi ceraiannya:
i. تعبير
ii نحو
iii صرف
iv بلاغة
KERTAS TIGA
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (Ujian Lisan)
sama seperti format lama.....
Diharap tuan-tuan guru dan puan-puan guru dapat sedikit gambaran berkaitan format ini dan bolehlah mengaplikasikannya dalam pembinaan soalan peperiksaan akhir tahun tingkatan empat....
Sekian dimaklumkan.....Selamat berpuasa Ramadhan Kariiim..........
No comments:
Post a Comment