Sahabat

Tuesday, November 9, 2010

BENGKEL PEMBINAAN MODUL BAHASA ARAB KSSR TAHUN SATU

Perhatian kepada semua guru-guru Bahasa Arab di Sekolah Kebangsaan seluruh Negeri Sembilan yang telah menghadiri Kursus Orientasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Arab....

Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan akan mengadakan satu bengkel untuk membina dan memurnikan modul-modul yang telah dihasilkan oleh para peserta kursus sepanjang kursus KSSR yang telah diadakan...

Bengkel ini akan diadakan pada minggu pertama cuti penggal akhir persekolahan  iaitu pada ketetapan berikut :

             TARIKH   :   23 NOVEMBER 2010
             TEMPAT  :    DARUL FALAH PPD TAMPIN
                                    
             TARIKH  :   24 NOVEMBER 2010
             TEMPAT :   PKG AMPANGAN



Kepada guru-guru yang berminat untuk menyertai dan melibatkan diri dalam menjayakan bengkel ini diminta menghubungi Ustaz Ahmad Shahrir Bin Abdul Ghani Penolong Pengarah Operasi Bahasa Arab Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan di talian 013-3767285 atau dihubungi melalui email alserembani @gmail .com

Makan dan minum akan disediakan oleh pihak penganjur.............

No comments:

Post a Comment