Sahabat

Thursday, January 5, 2012

Makluman Pelaksanaan Tahbib al-Lughah Bagi Pelajar Tingkatan Satu Sesi 2012

Adalah dimaklumkan bahawa Program Tahbib al-Lughah untuk pelajar-pelajar tingkatan satu sesi 2012 hendaklah dijalankan oleh setiap sekolah Kelas Aliran Agama(KAA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan(SABK), Sekolah Berasrama Penuh (SMAP) Labu dan SBPI Jempol bermula minggu kedua sesi persekolahan 2012 ini.

Pelaksanaannya hendaklah mengikut garis panduan yang terdapat dalam Buku Panduan Pelaksanaan Program Tahbib al-Lughah yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia Edisi Tahun 2007.

Pemantauan pelaksanaan program akan dijalankan oleh Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan atau Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia.

Laporan pelaksanaan program hendaklah dihantar ke Sektor Pendidikan Islam sebelum atau pada 20 Febuari 2012 ke Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

Surat Siaran berkaitan pelaksanaan program ini bagi tahun ini boleh dimuat turun dari laman sesawang Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment