Sahabat

Wednesday, April 4, 2012

TAKLIMAT dan mUZAKARAH PERANCANGAN DAN AKTIVITI PANITIA BAHASA ARAB SEKOLAH MENENGAH NEGERI SEMBILAN 2012

Asalamualaikum w.r.b.t.h....
Tuan puan ustaz ustazah semua ketua-ketua panitia Bahasa Arab Sekolah Menengah (SMAP,SBPI,SMKA,KAA dan SABK) seluruh Negeri Sembilan..
Satu Taklimat & Muzakarah berkaitan perancangan dan aktiviti Panitia Bahasa Arab peringkat Negeri Sembilan 2012 akan diadakan sepertimana ketetapan berikut :

Hari       :       Isnin
Tarikh    :       30 April 2012
Tempat   :      Bilik Seminar PPD Jempol & Jelebu
Masa      :      2.15 petang

Surat panggilan dalam proses penghantaran melalui faks dan pos. Mana-mana sekolah yang tidak menerima apa-apa makluman sehingga 26.04.2012 diminta menghubungi Sektor Pendidikan Islam segera

Semua ketua panitia atau wakil yang akan hadir ke taklimat ini  diminta menyediakan dan membawa bersama -sama :-

i.   Pelan Taktikal Panitia Bahasa Arab Sekolah 2012 (soft & hard copy)
ii   Satu set soalan peperiksaan pertengahan tahun 2012  bagi setiap tingkatan (ting 2 & 3) bagi sekolah  
    yang tidak mempunyai menengah atas  (soft & hard copy). Cakupan tajuk menengah rendah adalah
    dari pelajaran satu hingga LIMA
iii. Satu set soalan peperiksaan pertengah tahun 2012 bagi setiap tingkatan (ting 2 hingga 5) bagi sekolah
    yang mempunyai menengah rendah dan atas. (soft & hard copy). Cakupan tajuk menengah atas
    adalah dari pelajaran satu hingga ENAM

*  Soalan Pertengahan Tahun hendaklah dibina berdasarkan Jadual Spesifikasi  Ujian yang akan  
    dihantar kepada tuan-puan melalui email...Sila buka email  selepas 10 April 2012. Sekiranya 
    tidak menerima apa-apa maklumat hubungi Sektor Pendidikan Islam segera

*  Tuan puan diminta merujuk kepada SP dan HSP ketika membina item

Kerjasama dari pihak tuan dan puan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih...



No comments:

Post a Comment