Sahabat

Monday, May 7, 2012

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA ARAB

Kepada semua guru Bahasa Arab seluruh Negeri Sembilan Darul Khusus...

Sepertimana yang telah dimaklumkan sebelum ini bahawa satu persidangan berkaitan P&P Bahasa Arab peringkat kebangsaan anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Jabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan akan diadakan di negeri ini.

Persidangan ini telah diputuskan akan diadakan pada ketetapan berikut  :

          Tarikh   : 19 Mei 2012
          Hari      :  Sabtu 
          Masa    :  8.00 pagi   hingga   5.00 petang
         Tempat  :  Baitul Hilal Teluk Kemang Port Dickson

Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan amat beruntung kerana telah diberikan 88 tempat untuk persidangan ini. Oleh itu mohon kepada semua guru Bahasa Arab agar tidak melepaskan peluang untuk hadir ke persidangan tersebut. Makan minum adalah ditaja sepenuhnya oleh MAINS dan TIDAK ADA YURAN YANG DIKENAKAN..surat jemputan dan pemberitahuan akan dihantar ke sekolah masing-masing dan diminta kepada semua yang akan menerima surat nanti agar dapat hadir ke persidangan ini. Kehadiran tuan-puan yang dijemput adalah diWAJIBKAN kegagalan untuk hadir akan menyebabkan tuan-puan diminta mengemukakan surat tunjuk sebab...

No comments:

Post a Comment