Sahabat

Monday, April 16, 2012

PEMBERITAHUAN

Kepada Semua Ustaz dan Ustazah yang mengajar Bahasa Arab seluruh Negeri Sembilan....

Terdapat beberapa masalah teknikal dalam proses penghantaran JSU ke alamat email masing-masing...
Ada email yang tidak lagi berfungsi , email yang salah ejaan dsb....
Oleh itu sebagai alternatifnya....tuan-puan yang tidak menerima apa-apa email yang dilampirkan JSU, mohon membuka email panitiabahasaarabnegeri9@gmail.com dan tuan-puan bolehlah memuat turun JSU melaluinya..
untuk mendapatkan kata kunci (password) bagi email ini sila hubingi no. berikut 013-3767285...terima  kasih

Friday, April 13, 2012

BENGKEL P&P BAHASA ARAB BERKESAN ZON JEMPOL & JELEBU

Asalamualaikum w.r.b.t.h

Sepertimana yang diputuskan dalam mesyuarat Paniitia Bahasa Arab Daerah Jempol dan Jelebu tempohari untuk mengadakan bengkel P&P Bahasa Arab dan aktiviti yang lain...
Sektor Pendidikan Islam melalui Pejabat Pelajaran  Daerah jempol dan Jelebu akan mengadakan satu Bengkel P&P Bahasa Arab Berkesan  pada tarikh dan ketetapan berikut  :

          Tarikh   :   19 April 2012
          Hari      :    Khamis
          Masa    :    8.00 pagi-5.00 petang
          Tempat :    Bilik Seminar PPD Jempol & Jelebu

Untuk makluman bengkel ini adalah dikhususkan kepada sekolah-sekolah dalam daerah Jempol dan Jelebu. Surat berkaitan bengkel ini telah dihantar ke sekolah-masing-masing...mana-mana sekolah yang belum menerima surat panggilan sila hubungi Penyelia Pendidikan Islam Daerah jempol Jelebu...

Sekian dimaklumkan... Terima Kasih...



JADUAL SPESIFIKASI UJIAN BAGI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012

Asalamualaikum w.r.b.t.h

Perhatian kepada semua guru-guru Bahasa Arab seluruh Negeri Sembilan DK
Maklumat berkaitan JSU bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun Bahasa Arab 2012 telah dihantar ke email-masing-masing....mohon kepada semua mengambil tindakan yang sewajarnya....

Sekian terima kasih..........

Thursday, April 12, 2012

BUKU YANG PERLU DIMILIKI OLEH SETIAP GURU BAHASA ARAB

Buku-buku ini adalah terbitan Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaya 
Kepada sesiapa yang berminat boleh mendapatkannya di Penerbitan universiti Putra Malaysia dan Pekan Buku Universiti Malaya....

Harga Buku ni RM 32


Yang ni RM 26

Yang ni RM 25

Wednesday, April 4, 2012

TAKLIMAT dan mUZAKARAH PERANCANGAN DAN AKTIVITI PANITIA BAHASA ARAB SEKOLAH MENENGAH NEGERI SEMBILAN 2012

Asalamualaikum w.r.b.t.h....
Tuan puan ustaz ustazah semua ketua-ketua panitia Bahasa Arab Sekolah Menengah (SMAP,SBPI,SMKA,KAA dan SABK) seluruh Negeri Sembilan..
Satu Taklimat & Muzakarah berkaitan perancangan dan aktiviti Panitia Bahasa Arab peringkat Negeri Sembilan 2012 akan diadakan sepertimana ketetapan berikut :

Hari       :       Isnin
Tarikh    :       30 April 2012
Tempat   :      Bilik Seminar PPD Jempol & Jelebu
Masa      :      2.15 petang

Surat panggilan dalam proses penghantaran melalui faks dan pos. Mana-mana sekolah yang tidak menerima apa-apa makluman sehingga 26.04.2012 diminta menghubungi Sektor Pendidikan Islam segera

Semua ketua panitia atau wakil yang akan hadir ke taklimat ini  diminta menyediakan dan membawa bersama -sama :-

i.   Pelan Taktikal Panitia Bahasa Arab Sekolah 2012 (soft & hard copy)
ii   Satu set soalan peperiksaan pertengahan tahun 2012  bagi setiap tingkatan (ting 2 & 3) bagi sekolah  
    yang tidak mempunyai menengah atas  (soft & hard copy). Cakupan tajuk menengah rendah adalah
    dari pelajaran satu hingga LIMA
iii. Satu set soalan peperiksaan pertengah tahun 2012 bagi setiap tingkatan (ting 2 hingga 5) bagi sekolah
    yang mempunyai menengah rendah dan atas. (soft & hard copy). Cakupan tajuk menengah atas
    adalah dari pelajaran satu hingga ENAM

*  Soalan Pertengahan Tahun hendaklah dibina berdasarkan Jadual Spesifikasi  Ujian yang akan  
    dihantar kepada tuan-puan melalui email...Sila buka email  selepas 10 April 2012. Sekiranya 
    tidak menerima apa-apa maklumat hubungi Sektor Pendidikan Islam segera

*  Tuan puan diminta merujuk kepada SP dan HSP ketika membina item

Kerjasama dari pihak tuan dan puan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih...



Monday, April 2, 2012

ANALISA PENCAPAIAN BAHASA ARAB TINGGI SPM 2012

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua guru-guru yang mengajar Bahasa Arab Tinggi di sekolah-sekolah seluruh Negeri Sembilan di atas kejayaan meningkatkan kecemerlangan pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi tahun 2012.  Semoga Allah s.w.t membalas jasa baik tuan puan....