Sahabat

Wednesday, July 21, 2010

Analisa Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) Bahasa Arab Tahun Enam 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan melalui surat bertarikh 14 Jun 2010 bertajuk ANALISA PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH(PKSR) MATA PELAJAR BAHASA ARAB TAHUN ENAM 2010 memohon semua sekolah (j-QAF kohort 2005)(nama-nama sekolah ada dilampirkan bersama surat)menghantar analisa PKSR tersebut ke Sektor Pendidikan Islam pada atau sebelum 15 Julai 2010. Pihak SPI juga telah menelefon sekolah-sekolah yang belum menghantar analisa, namun sehingga posting ini ditulis masih terdapat beberapa sekolah yang belum menghantar analisa tersebut.

Diminta kepada mana-mana penyelaras j-QAF atau ketua panitia pendidikan Islam mengambil maklum perkara ini dan menyegerakan penghantaran bagi memudahkan pihak kami untuk membuat analisa di peringkat negeri.

Sekian untuk makluman....
P.Pengarah Operasi Bahasa Arab
SPI JPNS

No comments:

Post a Comment