Sahabat

Tuesday, February 1, 2011

KRITERIA PEMARKAHAN PERTANDINGAN GURU INOVATIF

Di Negeri Sembilan Pertandingan Guru Inovatif Sambutan Hari Guru diadakan setiap tahun dan dikendalikan oleh Unit Kurikulum Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Pertandingan ini diadakan bertujuan memilih calon untuk dipertandingkan di peringkat kebangsaan. Di peringkat kebangsaan ia dikelolakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM. Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori Individu Sekolah Rendah, Kategori Individu Sekolah Menengah dan Kategori Berkumpulan

Penyertaan Guru-guru Pendidikan Islam / guru j-QAF yang mengajar subjek Pendidikan Islam atau Bahasa Arab terlalu sedikit. Mungkin kerana tidak mendapat pendedahan yang secukupnya dari aspek pemarkahan, kriteria penilaian, syarat-syarat pertandingan dan sebagainya. Oleh itu Sektor Pendidikan Islam melalui Blog Bahasa Arab ini, mengambil inisiatif mendedahkan kriteria pemarkahan pertandingan ini, agar dapat memberi sedikit perkongsian maklumat dengan guru-guru Pendidikan Islam & j-QAF. Perkongsian maklumat ini diharap dapat mencetuskan idea dan minat GPI untuk menghasilkan inovasi dan seterusnya memasuki pertandingan ini. 

Untuk Pengetahuan Semua GPI di Negeri Sembilan. Sektor Pendidikan Islam mulai tahun 2009 telah mewujudkan satu kategori khusus bagi anugerah Guru Inovatif Pendidikan Islam (termasuk Bahasa Arab) dalam Hari  Kecemerlangan Institusi Pendidikan Islam (IPA). Penilaian  dan penghakiman dikendalikan sepenuhnya oleh SPI. Pihak SPI mengalu-alukan penyertaan dari tuan, puan ustaz dan ustazah.

Dengan pendedahan ini juga, diharap dapat menarik minat semua GPI dan guru j-QAF untuk menghasilkan inovasi-inovasi baru yang dapat memberi nilai tambah dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah-sekolah seluruh Negeri Sembilan

Berikut dilampirkan kriteria pemarkahan bagi pertandingan guru inovatif  untuk rujukan semua :


Sekian. untuk makluman. terima kasih


..................t..t........................................
Penolong Pengarah Operasi Bahasa Arab
Sektor Pendidikan Islam
Jabatan pelajaran Negeri Sembilan





No comments:

Post a Comment