Sahabat

Thursday, February 24, 2011

Tahniah Syabas dan Terima kasih..........

Asalamualaikum...w.r.t.h

Tuan-tuan guru dan puan-puan guru para ustaz dan ustazah Ketua Panitia Bahasa Arab SABK, SMKA dan  SMAP Labu.... setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan di atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke  Lawatan Penanda Aras (Bench Mark) subjek Bahasa Arab di SMK Desa Cempaka Nilai...
Harapan dan Doa semoga lawatan ini dapat mencetus idea dan menjana upaya untuk meningkatkan lagi prestasi pencapaian Bahasa Arab di sekolah-sekolah tuan-tuan dan puan-puan.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengetua dan seluruh warga SMK Desa Cempaka atas kesudian menerima kunjungan rombongan kami kali kedua...

Tahniah dan syabas kepada Ustazah Azlina Binti Mustapha kerana sudi melaksanakan P&P  (Micro Teaching) yang dapat dicerap oleh ahli-ahli rombongan....

DVD Macro Teaching telah siap dan sesiapa yang ingin mendapatkannya bolehlah datang ke Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan...




....................t..t......................................
Penolong Pengarah Operasi Bahasa Arab
Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment