Sahabat

Wednesday, February 16, 2011

Tahniah Dan Terima Kasih Kepada Semua Ketua Panitia Bahasa Arab KAA

Asalamualaikum...w.r.t.h

Tuan-tuan guru dan puan-puan guru para ustaz dan ustazah Ketua Panitia Bahasa Arab Kelas Aliran Agama setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan di atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke  Lawatan Penanda Aras (Bench Mark) di SMK Desa Cempaka Nilai...
Harapan dan Doa semoga lawatan ini dapat mencetus idea dan menjana upaya untuk meningkatkan lagi prestasi pencapaian Bahasa Arab di sekolah-sekolah tuan-tuan dan puan-puan.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengetua dan seluruh warga SMK Desa Cempaka atas kesudian menerima kunjungan rombongan kami.

Tahniah dan syabas kepada Ustazah Azlina Binti Mustapha kerana sudi melaksanakan P&P  (Micro Teaching) yang dapat dicerap oleh ahli-ahli rombongan....




....................t..t......................................
Penolong Pengarah Operasi Bahasa Arab
Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment